PENGENALAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Pengurusan Pembelajaran merupakan bidang pengurusan yang paling utama dalam arena pendidikan. Bidang ini memberi impak yang besar bagi sesebuah institusi pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab organisasi sekolah untuk mencapai prestasi cemerlang dalam aspek akademik pelajar. Pengurusan pembelajaran adalah proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang. Saya dan ahi kumpulan saya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan kami merupakan pelajar semester kedua. Kumpulan saya telah mendapat tajuk kajian 'Pengurusan Murid' untuk projek berasakan sekolah ini. Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksana