TAJUK 5: PENGURUSAN MURID

1.0 Pengenalan
Secara amnyapengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Manakala,  murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Jaafar Muhammad (1998) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkaninput-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmtan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai
2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang perlu difokuskan daripada topik ini. Antaranya ialah memotivasikan pelajar merupakan bantuan yang dilakukan melalui guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata semangat kepada pelajar untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita mereka. Motivasi pula ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Terdapat dua jenis peneguhan motivasi iaitu sama ada positif atau negatif. Peneguhan positif adalah mendorong para pelajar untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Misalnya, memberi pujian atau penghargaan pelajar dengan satu gelaran yang baik. Manakala, peneguhan negatif pula, dapat membantu mengelakkan tingkah laku negatif yang boleh menghalang kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran seperti mengasingkan tempat duduk pelajar yang mempunyai masalah dalam tingkah laku.



Isi kedua : Tujuan pengurusan rekod murid.

Isi ketiga : Jenis kesediaan belajar.
3.0 Rumusan
Kesimpulannyapengurusan rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran di sekolah akan berjalan dengan lancar. Tambahan pula, setiap komuniti sekolah memainkan peranan yang penting dalam penjagaan rekod murid. Hal ini kerana, rekod pelajar merupakan cara terbaik dalam membentuk sahsiah pelajar kearah yang lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu para guru dan ibu bapa perlulah bertanggungjawab dalam mambantu pihak sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid.

Rujukan

Burnham, W. (2007). Mengurus Kualiti di Sekolah. Taman Putera, Johor: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan pustaka.
 Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Kuchai Lama, Selangor: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN

PENGENALAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH