TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH
1.0 Pengenalan
Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu tindakan yang diambil oleh seseorang guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar untuk mencapai tahap keselesaan pelajar tersebut. Sistem pembelajaran dan pengajaran yang baik untuk meningkatkan akademik, sosial dan emosi pelajar. Selain itu, Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan pilihan guru untuk mewujudkan suasana kelas yang seronok atau tidak bagi murid belajar. Menurut Meng, E (1997 : 150), satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Penyusunan fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta peminjaman cukupnya cahaya dan udara untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti.
2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang perlu difokuskan daripada topik ini, guru berperanan sebagai pengelola, tujuan utama pengurusan ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran. Hal ini demikian kerana, keberkesanan pengajaran bergantung kpd kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran para pelajar.
Selain itu, guru juga mengurus persekitaran pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan ruang aktiviti secara berkumpulan atau membuat simulasi disamping melaksanakan aktiviti pemebelajaran di luar kelas bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta mengelak daripada pelajar dalam keadaan bosan semasa belajar. Guru perlu memastikan sudut & ruang itu dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat seperti nasihat.
Guru mengurus bilik darjah dengan memastikan para pelajar menjalankan tugas-tugas mereka mengikut jadual bertugas serta mengurus para pelajar supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah dan menguruskan keadaan fizikal blik darjah supaya menjadi lebih kondusif utk aktiviti P&P.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, sebagai seorang guru, guru hendaklah mengetahui apakah itu sebenarnya pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai dan kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, seorang guru juga perlu bijak dalam pengurusan bilik darjah supaya tidak wujud masalah dalam proses pegajaran dan pepbelajaran dan juga masalah disiplin dalam bilik darjah.
Rujukan
Meng, E. (1997). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (SemesterII).Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Meng, E. (1994). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.
SLAID PEMBENTANGAN: https://drive.google.com/file/d/1EW08U35mWkV66u3GXqnIRM0Kz-edl3Qd/view
Comments
Post a Comment