TAJUK 2: PENGURUSAN PENGAJARAN

1.0 Pendahuluan
 Pengurusan merupakan  aspek  penting  dalam  sesebuah  organisasi. Malah ia penting dalam sesebuah institusi atau sektor. Pengurusan yang baik dan cekap akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing. Pengurusan yang baik juga memberi kesan positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah organisasi itu. Pengurusan juga ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu (Huslid, 2005). Selain itu juga, pengurusan pengajaran ini melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha para ahli organisasi dan menggunakan semua sember organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
“Seterusnya definisi pengajaran merupakan Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Tanpa salah satu daripadanya pengajaran tidak akan berlaku. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dengan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencipta lingkungan yang memungkinkan terjadinya proses belajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit ataupun implisit (Shababuddin et al. 2003)”.
Pembelajaran lebih menekankan cara-cara untuk mencapai tujuan dan berkaitan dengan bagaimana cara mengorganisasikan pelajaran, menyampaikan pelajaran dan mengelola pembelajaran.Pembelajaran adalah usaha sadar guru atau pendidik untuk membantu siswa atau anak didik, agar mereka dapat belajar sesuai dengan minatnya. Seterusnya, Inti dari pembelajaran itu adalah segala upaya yang dilakukan oleh guru atau pendidik agar terjadi proses belajar pada diri siswa. Secara implisit, di dalam pembelajaran, ada kegiatan memilih, menetapkan dan mengembangkan metode untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.


2.0 Isi penting
Berdasarkan bab ini terdapat tiga isi penting yang perlu diberikan fokus dalam bab ini, antaranya ialah berkaitan gaya pembelajaran yang utama ialah yang pertamanya ialah gaya pembelajaran visual dimana yang ini menerangkan jenis pelajar yang mempunyai cara tersendiri untuk belajar.
“Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu (Murdoch Teacher Center, 1984)”.
Terdapat, jenis pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran ini hanya perlu menulis nota apabila memgingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan. Sebagai contoh, semasa dalam kelas, pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru dan cuba membuat rujukan berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran.  Seterusnya, ada juga pelajar yang jenis gemar belajar dengan huruf atau gambar rajah, teks hal ini memudahkan mereka untuk memahami isis kandungan yang ingin disampaikan oleh guru tersebut..
Gaya seterusnya gaya pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan daripada guru. Dalam situasi ini, para pelajar perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Sebagai contoh, pelajar yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar pelajar lain serta membincang dengan guru.
Selain itu gaya pembelajaran kinestetik pula tertumpu kepada pembelajaran  para pelajar dimana dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Pelajar  yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Tambahan pula, pelajar jenis pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada mereka.
“Dalam gaya pembelajaran ini, murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on. (Murdoch Teacher Center, 1984)”.
Implikasi gaya pembelajaran terhadap pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan gaya pembelajaran setiap pelajar di sekolah. Malah, juga dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk merancang pengajaran yang sesuai bagi pelajar serta dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3.0 Rumusan
Kesimpulannyapengurusan pengajaran dan pembelajaran  melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil  kira  latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Lantaran itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai;  penyabar menghadapi kerenah pelajar pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan  mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh itu, guru perlu  mengambil peka dengan mengambil kira semua aspek  kepelbagaian  budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

Rujukan

BUKU :
 Mulyono Abdurrahman. (2003). Pendidikan bagi anak kesulitan belajar. Jakarta: Pusat Perbukuan Department Pendidikan dan Kebudayaan.
Omar Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Kuchai Lama, Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN

PENGENALAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH