TAJUK 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

1.0 Pendahuluan
Organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Selain itu juga, organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerja sama yang dilakukan oleh dua orang atau lebihManakala, kepimpinan bermaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja.
Menurut Jamaliah Abdul Hamid (2005: 65), kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditarifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sisitem dan sumber yang diiktiktirafkan oleh komuniti tersebut. daripada tariff tersebut, dapat diperlihatkan juga bahawa kepimpinan sebenarnya adalah pengaruh seseorang yang dibenarkan tau diterima oleh pengikut atau subordinatnya kerana kewujudan peruntukan atau kesefahaman tentang peranan dan kuasa pemimpinan di dalam sesebuah sisitem tersebut.

2.0 Isi penting
Berdasarkan bab ni terdapat tiga isi penting yang perlu difokuskan dalam topik ini ialah kepimpinan peringkat sekolah terbagai kepada 5 komponan. Pengetua yang berperanan merancang dan menyelia pengurusan kurikulum dan membimbing warga sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran merancang dan menyedia jadual waktu dan guru ganti serta menyedia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan peperiksaan. Penolong Kanan HEM mengurus pendaftaran dan penyaluran mutird dan menyelaraskan tugas dan aktiviti lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah. PK Ko Kurikulum merancang pembangunan kokurikulum dan menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan unit beruniform. Guru Kanan Bidang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran dan menyelaraskan rancangan palajaran tahunan serta menyemak buku latihan murid secara rawak.
Seterusnya, jenis-jenis gaya kepimpinan pertama transformasional merupakan gaya dimana pekerja diberi kuasauntuk menjjalankan tugas yang tertentu serta diberi kuasa untuk membuat kepetusan setelah mereka benar-benar mahir. Kedua kepimpinan transaksional ialah pemimpin yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah organisasi. Mereka akan menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh pekerjanya. Ketiga kepimpinan jenis instruksional, gaya ini memerlukan ketua untuk menetapkan matlamat yang jelas, mengurus kurikulum, memantau rancangan pelajaran, memperuntukan sumber dan menilai guru secara teratur. Pengetua dan guru akan sentiasa berbincang tentang cara kerja mereka untuk menjadikannya leboh baik.


Rajah 1


Rajah 2




3.0 Rumusan
Kesimpulannyaorganisasi dan kepimpinan adalah amat penting bagi membangunkan sesebuah organisasi terutamanya sekolah. Di dalam organisasi ada ahli-ahli (para guru) yang menyokong dan memberi bantuan serta menguti arahan pemimpinnya (pengetua) dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, pengetua berperanan sebagai pemimpin atau pun ketua, setiap guru mempunyai peranan masing-masing semasa berada di sekolahyang telah dibahagikan mengikut bidang masing - masing.

Rujukan

BUKU : link
Abdul Rahman Abdul Majid. (2010). Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional. Pusat Bandar Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.
Ibrahim Mamat. (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Universiti Putra Malaysia 2005.


Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN

PENGENALAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

TAJUK 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH