TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
1.0 Pendahuluan
Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah ini lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan serta merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka.
Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Tambahan pula, budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Contohnya, budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat-menghormati dan budaya berpakaian dan sebagainya.
2.0 Isi penting
Tiga isi penting yang perlu difokuskan dalam topik ini adalah berkaitan pelajar diberi pendedahan menegnai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Selain itu, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya antara satu dengan yang lain.
Seterusnya, kriteria-kriteria fizikal umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesradari segi fizikal iaitu terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. Selain itu, mencat dinding dengan warna-warni yang ceria dan lembut bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Hal ini, pembelajaarn dalam persekitaran fizikal yang mesra buday akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Tambahan pula, menyusun atur tempat duduk semula para pelajar dalam bilik darjah supaya dapat mweujudkan kesemarataan taburan diantara para pelajar dari pelbagai kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.
Dari segi sudut-sudut pembelajaran dan bacaan, sudut-sudut ini dapat mendedahkan para pelajar kapada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung para pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik dimana sudut-sudut ini akan menyedarkan pelajar betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung perkara ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.
Selanjutnya, peranan guru sebagai ’Physical Enviroment Designer’. Para guru perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian dan perbezaan individu dalam bilik darjah. Antara ciri yang perlu diambil perhatian termasuklah guru perlu mengetahui laatr belakang murid terlebih dahulu serta perlu faham dengan lebih mendalam perasaan setiap pelajar dan perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, guru sebagai penggerak dan pendiorong, perancang dan memupuk semangat dan pembentukan sahsiah pelajar. Bagi memenuhi tanaggungjawab ini, guru bukan hanya perlu memberi penenkanan terhadap aspek bahan pengajaran yang dibawa ke dalam bilik darjah ataupun bilik darjah. Pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri-ciri masyarakat dan kebudayaan ke dalam minda generasi muda. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya.
Rujukan
BUKU:
Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.
Comments
Post a Comment