BAB 7: PENGURUSAN SUMBER
1.0 Pengenalan
Pengurusan
bermaksud cara untuk mendapatkan sesuatu atau membuat penentuan ke atas
pengagihan sumber dan merupakan proses aktiviti tadbir untuk merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan
ke arah mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Manakala, sumber
bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia yang ada pada diri
individu itu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas
potensinya atau kebolehannay memenuhi permintaan. Jenis sumber yang
dikatakan ialah manusia. Pengurusan sumber bermaksud satu proses membuat
keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan.
2.0 Isi penting
Terdapat tiga isi penting yang perlu difokuskan daripada topik ini, jenis sumber terbahagi kepada bahan bercetak, bahan teknologi maklumat. Bahan bercetak meliputi buku,
majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya.
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah diguna pakai oleh guru
sejak sekian lama kerana harganya yang murah. Manakala, bahan teknologi
maklumat digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
ramai pelajar yang menyukainya. Para guru mempunyai kemudahan yang luas
dalam menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat
perisian-perisian percuma yang disediakan oleh kerajaan di setiap
sekolah di seluruh negara dan perisian tersebut bertepatan dengan
sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan guru dalam
menyampaikan pengajarannya dan para murid menerima pengajaran tersebut
dengan lebih mudah dan tidak bosan.
Selain itu, pembelajaran berasaskan sumber ini sangat penting kerana, tanpa sumber ilmu
pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut
hanya berfokus kepada guru sahaja. Pengajaran dan pembelajaran yang
berasakan kepada guru sahaja tidak mencekupi dalam konteks mendidik para
pelajar serta dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih
difahami oleh pelajar.
Fungsi pusat sumber sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagimembuat persediaan dalam proses pengajaran di bilik darjah serta ungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempatuntuk mengisi masa lapnag dengan melakukan perkara yang berfaedah dengan
adanya pusat sumber mereka terutamanya pelajar yang mempunyai masa
yangterluang akan mempunyai tempat bagi mengisi masa mereka.
3.0 Rumusan
Kesimpulannya, penggunaan sumber yang digunakan oleh para guru dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah.
Rujukan
BUKU:
Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: Penerbit Multimedi Sdn Bhd.
Zaharah Mohd Saleh. (1999). Pengurusan Sumber di Sekolah. Pahang Barat, Kuala Lumpur: Rhythm Distributor Sdn Bhd.
Comments
Post a Comment